Monday 30 December 2013

BIODATA NABI MUHAMMAD S.A.W

BIODATA RASULULLAH S.A.W

Nama : Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Muttalib Bin Hashim.
Tarikh Lahir : Subuh hari isnin , 12 rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang Kota Kaabah) .
Tepat Lahir : Di rumah Abu Talib , Makkah Al-Mukarramah.
Nama Bapa : Abdullah Bin Abdul Muttalib Bin Hashim.
Nama Ibu : Aminah Binti Wahab Bin Abdul Manaf.
Pengasuh Pertama : Barakah Al-Habsyiyyah ( digelar Ummu Aiman , haba bapa Rasulullah s.a.w ) .
Ibu Susuan Pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) .
Ibu Susuan Kedua : Halimah Binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah . Suaminya bernama Abu Kabsyah) .


Usia 5 Tahun :

  • Peristiwa pembelahan Rasulullah s.a.w yang dilakukan oleh 2 malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya .


Usia 6 Tahun :

  • Ibu Aminah Binti Abdul Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah ) Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah s.a.w ) dan di biayai oleh datuknya Abdul Muttalib .


Usia 8 Tahun :

  • Datuknya , Abdul Muttalib pula meninggal dunia . Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya , Abu Talib .


Usia 9 Tahun :  (Setelah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)

  • Bersama bapa saudaranya , Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan . Di kota Busra , negeri Syam , seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah berteu kedua-dua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang lahir pada masa itu .


Usia 20 Tahun :

  • Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab "Sirah" , jilid 1 halaman 184 - 187 menyatakan pada ketika itu Muhammad s.a.w ialah 14 atau 15 tahun . Baginda enyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja . Manyaksikan perjanjian Al-Fudhul : perjanjian damai untuk memeberi pertolongan kepada orang yang di zalimi di Makkah .


Usia 25 Tahun :

  • Bermusafir kali ke-2 ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah Binti Khuwailid Al-Asadiyah . Perjanjian ke Syam di temani oleh Maisarah . Lelaki lelaki suruhan Khadijah . Baginda s.a.w bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru Bin Asad (bapa saudara khadijah) untuk meminang khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu .


Usia 35 Tahun :

  • Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah . Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah . Rasulullah s.a.w diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajaratul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakkan batu tersebut .


Usia 40 Tahun :

  • Menerima wahyu di gua Hira sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman .


Usia 53 Tahun :

  • Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq . Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Radiulawal / 24 september 622M .


Usia 63 Tahun :

  • Kewafatan Rasulullah s.a.w di Madinah Al-Munawarah pada hari isnin , 12 Rabiulawal tahun 11 hijrah / 8 jun 632 masihi .



ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W :

1. Kadijah Binti Khuwalid
2. Saudah Binti Zam'ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidinah Abu Bakar)
4. Hafsah Binti Umar (anak Saidina Umar Bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai Bin Akhlab
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar Ummu Al-Masakin : Ibu orang miskin) 


ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W :

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kaithum
7. Fatimah Al-Zahra


ANAK TIRI RASULULLAH S.A.W :


  • Halaqah Bin Hind Habbasy Bin Zurarah Al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind Bin Habbasy . Ketika berkahwin dengan Rasulullah , Khadijah adalah seorang janda) .


SAUDARA SESUSU RASULULLAH S.A.W :

Ibu susuan / saudara susuan .
1. Thuwaibah
2. Hamzah
3. Abu Salamah Abdullah Bin Abdul Asad



Saudara Susuan  :
1. Halimah Al-Saidiyyah
2. Abu Sufyan Bin Harith Bin Abdul Muttalib
3. Abdullah Bin Harith Bin Abdul' Uzza
4. Syaima Binti Harith Bin Abdul' Uzza
5. Aisyah Binti Harith Bin Abdul' Uzza



IBU & BAPA SAUDARA RASULULLAH S.A.W :

(anak-anak kepada Abdul Muttalib)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3.Zabair
4. Hamzah
5. Al.Abbas
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka'bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atikah
14. Arwa
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam)


SABDA RASULULLAH S.A.W :

          *sesiapa yang menghidupkan sunnahku , maka sesungguhnya dia telah mencintai aku , dan sesiapa yag mencintai aku nescaya dia akan bersama-sama ku di dalam syurga * (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)





NABI MUHAMMAD S.A.W - MANUSIA AGUNG 

Kenali Nabi Muhammad s.a.w secara lahiriah . Begitu indahnya sifat fizikal Baginda , sehinggakan seorang ulama yahudi pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafaskan keislaman dan mengaku akan kebenaran yang disampaikan oleh Baginda .